Tuesday, 7 May 2013

Santai McDonald's

LOKASI : Teratak bonda
Perut berkeroncong minta disuapkan.Aku buntu. Sepinggan nasi berlaukkan daging masak kicap dan kari telur telah selamat melalui saluran esophagus, malah mungkin pyloric sphincter sedang bekerja keras mengawal peredaran sisa cernaan. Namun perutku mula terasa kosong. "Ah sudah" Bisikku. Jam menunjukkan 11.35 malam. Berat kakiku melangkah ke ruang dapur merobek apa2 sahaja yang bisa ditelan segera. Hampa, melainkan mee segera, pilihanku hanyalah utk menggoreng nasi. Lantas aku memecut ke McDonald's berdekatan, membawa laptop sebagai peneman setia.

Lokasi: Mcdonald's Jalan Tambun
Mataku meliar mencari kedudukan terbaik. Laptop mesti di'charge' dan TV mesti dihadap. Aku jumpa spot terbaik, malangnya ada dua orang pemuda cina berambut perang sedang menikmati suapan terakhir big mac mereka. Cis ! sabar punya sabar akhirnya dengan isyarat mata, mereka faham keadaan ku lantas bangun memberi ruang untukku. "Terima kasih" Hanya itu ucapan yang aku lontarkan kepada mereka. Namun, ucapan ku jujur, mereka memahami meski berbeza bangsa. Aku memesan makanan.Seperti biasa, Spicy Chicken Mcdeluxe menjadi pilihanku. Sedang aku menikmati setiap suapan, terhidang di depanku dua kumpulan anak muda, sekumpula pemuda Melayu dan disebelah kiriku 3 orang pemuda cina. Masing2 enak menjamu selera bersama teman sekepala dan sependapat, mungkin.
Namun bukan itu yang menjadi tarikan, tetapi isi perbualannya umpama magnet menarik telingaku ke kiri dan ke kanan. Seperti dijangka, pemuda Melayu pastinya membincangkan hal politik yang tidak berkesudahan. Sumpah seranah dan maki hamun sudah lali di telinga kiri ku. Lantas telinga kananku menarik mendengar perbualan si pemuda cina. Business dan exam, memandangkan bahasa inggeris menjadi pilihan bahasa mereka, aku sedikit sebanyak mengerti apa yg dituturkan. Dalam fikiranku, mengapa isi pertuturan menampakkan jurang perbezaan yang nyata. NYATA.

No comments:

Post a Comment