Andai topik kekayaan yang menjadi perbualan,pasti ramai yang ingin menjadi kaya.
KAYA. Manusia acapkali memandang kaya apabila memiliki timbunan wang kertas, deretan kereta mewah dan banglo2 yang tersergam indah. Tidak, itu bukan kaya , itu material.
Dan hanya kerana material,manusia menjadi buta
“Bagaimana aku hendak bersihkan hati?”
“Aku dah mula buat baik, tetapi tidak istiqamah. Aku masih buat jahat lagi”
Membersihkan hati mungkin menjadi perkara yang paling sukar utk dijayakan ,malah utk dilaksanakan.
Kita ingin bebas drpd syak wasangka terhadap orang lain, husnuzon dalam setiap perkara, berfikiran positif sepanjang masa, namun kita gagal. Gagal yang dimaksudkan ialah kita sentiasa terdorong dengan sifat2 mazmumah. Hal ini kerana dalam diri kita masih menyimpan sayang dan cinta akan dosa. Kita sudah bertaubat dan sentiasa mengubah diri kearah kebaikan, namun dalam 10 dosa yang kita lakukan, mungkin kita telah tinggalkan 9, namun 1 dosa yang kita terlalu ‘sayang’ utk tinggalkan mungkin menjadi batu api utk kita terus bergelumang dengan maksiat.
Hati kita ibarat cawan yang kotor. Orang kebanyakan hanya akan menuangkan air jernih ke dalam cawan itu. Hasilnya ? Air sejernih kristal itu akan dikotori oleh daki2 dan kotoran yang ada pada cawan itu. Akhirnya, air tersebut akan turut sama kotor. Namun orang yang bijak akan buangkan segala kekotoran yang ada pada cawan tersebut barulang dituangkan air jernih. Hasilnya, air tersebut akan kekal jernih tanpa dicemari kotoran lampau.
Boleh juga diumpamakan hati dengan bekas cawan orang minum kopi. Semasa serbuk-serbuk dan keladak masih ada dalam cawan lalu dituangkan air jernih, nescaya kejernihan air itu akan hilang. Sbetulnya, dibasuhkan semua serbuk dan keladak kopi sebelum dituang air jernih.
Kesimpulannya, segumpal daging yang dipanggil hati memainkan peranan yang amat penting. Kotor hati, maka kotorlah seluruh badan kita. Istiqamah dalam melakukan amal dan kuatkan azam utk membersihkan hati. Perkara terbaik adalah dengan menjadi Hamba Allah yang sempurna. InsyaAllah
p/s: bukan niat di hati utk berlagak ulama dan menuding jari, ttp sebagai peringatan utk kita semua , termasuk lah aku
No comments:
Post a Comment