Wednesday, 29 June 2011

jangan ditafsir

Tiap butir kata dilontar penuh teliti, tiap hela nafas dihembus sayu.BIMBANG.bimbang kealpaan sejengkal bisa mencipta selautan gelora.begitulah gentingnya likuan kehidupan ini,dan begitulah aku.
diri ini tiada lah terbandingnya andai disamakan dengan sempurnanya Muhamad.aku hanyalah sekelumit jiwa yang berdirinya atas ihsan pemilik jiwanya.kecacatan lahiriah and rohaniah tiadalah apa gemparnya.lantas,jangan ditafsir sombongnya aku andai mesra ikatan tiada pernah terjalin antara kita.YA, dihempap ribuan batu bibir mugil ini tatkala berserampang mata,bersentuh kulit dengan jiwa yang baru.tidaklah membawa erti kesombongan diri ini.
kerana apa?tiada menyimpang sebabnya, hanyalah kerana gusar andai butir kata yang dilontarkan mampu merencatkan ikatan murni yang kian terbina.lantas, membisu seribu makna difikirkan ku lebih baik sifatnya.jangan ditafsir diri ini sombong andai baru dikenal sehela dua nafas........
genggam erat kata ini"Kenali jiwa ini pertamanya,nescaya tiada tersebut kata fobia SOMBONG"

No comments:

Post a Comment