Saturday, 21 May 2011

DUGAAN DUNIA

kita hanya merancang,tiada sejiwa yang mampu menangani kuasa Tuhan
oh ya,assalamualaikum.
sedih,hiba,terkejut mungkin kita yang bergelar insan akan alami
namun yang parah menderita hanya menerima takdir ini
takdir yang disebaliknya tersimpan jujuran hikmah
hikmah bagi yang bersabar dan malapetaka bagi yang sebaliknya
mereka selalu mendoakan kita dalam setiap wiridnya
mereka dahagakan kasih sayang kita tanpa kita sedari
bagi kita,mereka malang kerana hidup sebatang kara
tetapi bagi Allah, merekalah kekasihNya
kekasihNya yang perlu dikekalkan keimanannya
mungkin itulah mereka harus menempuh dugaan ini
Dugaan yang akan menempatkan mereka di sisi Allah

AL-FATIHAH KEPADA MANGSA TANAH RUNTUH HULU LANGAT,21 MEI 2011

No comments:

Post a Comment